Darurat Banjir Aceh – Al Azhar Care

DARURAT BANJIR ACEH
“Ada anak kecil tidur atas lantai lumpur malam ini, mungkin doa ibunya yang akan menyelamatkan rezeki Tuan esok.”



Pasukan Al Azhar Care masih di lapangan sejak 10 disember 2025. Team kami masih berada di sana

Rumah tenggelam lumpur, telaga tertimbus, makanan dan air bersih terputus. Di pedalaman Aceh, keluarga-keluarga masih berteduh di hadapan rumah yang ranap  menunggu satu isyarat: ada yang peduli.


Mereka Tak Hilang Harapan, Tapi Harapan Itu Sekarang Terletak Pada Kita

Air lumpur menenggelamkan rumah-rumah di Aceh Utara dan Sumatera Utara.
Sekolah roboh. Masjid rosak. Jambatan putus.

Ramai keluarga masih berteduh bawah langit terbuka.
Anak kecil tidur di lantai sejuk, beralas lumpur.




KENAPA SEKARANG
• Air bersih kritikal kerana telaga tertimbus; air mineral diperlukan untuk minum, memasak & berwuduk.
Tempat berteduh tiada: tikar, selimut, kelambu & pakaian kering amat mendesak.
Kampung pedalaman: laluan sukar, bantuan lambat sampai; team kami menembusi kawasan kurang liputan.
 Sasaran segera: Lengkapkan 300 pek keluarga (air + makanan + kebersihan + selimut/kelambu)



APA YANG SUMBANGAN TUAN/PUAN BUAT
Set Keluarga (anggaran 3–5 hari):
•  Beras & makanan kering
Air mineral (minum/masak/wuduk)
Kit kebersihan & ubat asas
•  Selimut, tikar & kelambu
Bagi mereka, ini bezanya antara tidur di tanah basah atau atas tikar kering.


SUARA DARI LAPANGAN (12 Dis)
Team berada di Samalanga, Bireuen dan kampung pedalaman. Kami agihkan beras, Indomie, air mineral, pakaian & kelambu. Ada keluarga yang sudah 15 hari bertahan tanpa air bersih & pakaian kering. Esok kami perlu tambah stok air & pek keluarga.
“Mereka kuat  tetapi mereka penat. Kehadiran Tuan/Puan memberi mereka ruang untuk bernafas.”


DI BALIK LUMPUR, ADA AIR MATA YANG TAHAN SEBAK
Malam itu kami temui seorang ibu duduk di hadapan rumahnya yang sudah hilang dinding. Di pangkuannya, anak kecil tertidur berbalut baju yang masih lembap lumpur. Dia pandang kami dan berbisik, “Saya tak minta banyak… cukuplah anak saya boleh tidur kering malam ni.”

Di sudut lain, seorang warga emas memegang sebotol air mineral erat-erat, seolah itu hadiah paling mahal dalam hidupnya. Katanya, “Air ni untuk cucu saya. Dua malam dia merengek sebab haus.”

Ada remaja yang masih mengangkat saki-baki buku sekolah, dihanyutkan separuh oleh arus. Dia senyum kecil sambil tanya, “Bang, boleh ke saya sekolah lagi lepas ni?” Kami tak mampu jawab — selain menutup sebak dan bergerak lebih laju.



YANG MEREKA PERLUKAN MALAM INI
• Air bersih untuk minum, masak dan berwuduk
Makanan asas supaya anak tidak tidur lapar
Tikar, selimut & kelambu supaya keluarga boleh berteduh tanpa gigil
• Sedikit harapan — bahawa ada tangan yang masih sudi memeluk dari jauh

“Biar malam ini kita jadi sebab mereka boleh rehat tanpa takut dan lapar.”


“Ya Allah… jadikan setiap ringgit yang Tuan lepaskan hari ini sebagai sebab Engkau selamatkan keluarga kami dari ujian yang tak disangka. Lapangkan hidup mereka yang diuji, dan gantikan kepada Tuan segala kebaikan ini dengan rezeki yang lebih lembut, lebih tenang, lebih memberkati.”

“Moga bantuan kecil dari tangan Tuan menjadi harapan yang besar untuk mereka yang sedang letih menanggung derita. Dan moga setiap langkah Tuan membantu hari ini, menjadi langkah yang Allah pandang dengan rahmat.”

“Semoga Allah menerima sumbangan ini sebagai amal yang tak putus, dan menjadi cahaya untuk menyembuhkan kesedihan saudara-saudara kita di Aceh.”



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Sumbangan RM200
Sumbangan RM100
Sumbangan RM50
Sumbangan RM30
Sumbangan RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


Maklumat Peniaga

PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN ALUMNI AZHAR MESIR MALAYSIA
azhar.creatives@gmail.com
+60139999894