Peperangan belum tamat, kini mereka hadapi Ramadhan dengan serba kekurangan.
"Bayangkan bangun sahur tanpa makanan, Menunggu iftar tanpa juadah, Satu hari lagi bertahan dengan perut kosong"
Inilah realiti yang dihadapi oleh saudara kita di Palestin setiap hari. Bukan hanya kehilangan tempat tinggal, malah mereka diuji dengan kelaparan yang tiada penghujung.
Tapi hari ini, ANDA boleh mengubahnya. Dengan satu infak kecil, anda mampu memberikan mereka harapan, mampu mengisi perut yang kosong, mampu meringankan beban mereka yang ditindas.
SATU PEK IFTAR, SATU NYAWA TERSENYUM
✅ RM50 = 1 Pek Iftar untuk 1 keluarga
✅ Termasuk roti, kurma, makanan asas & air bersih
✅Diutamakan untuk kanak-kanak, ibu & warga emas yang sangat memerlukan
✅Tindakan anda hari ini menentukan esok mereka. Jangan biarkan mereka kelaparan lebih lama!
(1 Pek = RM50, 3 Pek = RM150, 5 Pek = RM250, 10 Pek = RM500... Sumbangan bebas juga dialu-alukan!)

![]()
KENAPA INFAQ INI BEGITU PENTING?
✅ Mereka kelaparan berhari-hari tanpa bekalan makanan yang cukup.
✅ Anak-anak kecil menangis kerana perut lapar.
✅ Ibu mengorbankan makanan mereka untuk anak-anak.
✅ Bekalan makanan makin kritikal, bantuan segera diperlukan.
Setiap suapan yang mereka nikmati nanti akan menjadi saksi amal jariah anda di akhirat.
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa memberi makan kepada seorang mukmin yang lapar, maka Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga…” (HR. Tirmidzi)
Jangan biarkan mereka terus kelaparan. Hari ini, kita boleh bantu!
Alhamdulillah, penyerahan sumbangan Palestin kepada wakil Duta Palestin Nadir An-Nuri. Semoga Allah berkati semua penyumbang.
PELUANG EMAS PAHALA BERGANDA DI BULAN RAMADAN!
Ramadan bukan hanya tentang berpuasa. Ia tentang memberi. Sedekah di bulan Ramadan dilipatgandakan pahalanya!
Jangan lepaskan peluang ini. Hari ini anda memberi, di akhirat nanti anda menerima.
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CD, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :
Bank : MAYBANK
Nama Akaun : PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN ALUMNI AZHAR
No Akaun : 5620 8562 5343
Daripada an-Nu'man bin Basyir RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Perumpamaan seseorang Mukmin sesama Mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama satu badan. Apabila ada salah satu anggota badan yang menanggung kesakitan, maka seluruh badannya akan turut terjaga (tidak akan tidur) dan terasa panas (merasakan sakitnya).”
(HR al-Bukhari)
Oleh itu, Tuan & Puan yang dikasihi Allah SWT sekalian, marilah kita sama-sama membantu saudara kita yang diuji dengan musibah banjir ini sebagaimana seruan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 261 :
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Surah al-Baqarah: 261)
Tuan / Puan nak membantu melalui Whatapps? boleh terus
klik sini
@
Boleh terus berwaqaf terus ke Tabung pengumpulan dana ini dibawah
: