
ASSALAMUALAIKUM TUAN/PUAN & PARA DERMAWAN SEKALIAN
KAFA integrasi ihsaniah yang terletak di Lembah Subang, Petaling Jaya sedang membaik pulih sistem eletrik kos yg di anggarkan melebihi RM40,000.
Kami selama bertahun-tahun bermati-matian untuk memastikan pendidikan berkesan bagi 700 pelajar kami. Namun, hanya kurang daripada 50% daripada pelajar kami mampu membayar yuran bulanan sebanyak RM 20.
Sekolah ini terletak di kawasan PPRT, kami sedar tentang rata-rata keadaan ekonomi keluarga yang berada di kawasan ini. Disebabkan itu, kami terpaksa mengharapkan bantuan daripada luar untuk membantu meneruskan operasi KAFA ini,
Kami menghadapi kekurangan guru disebabkan tidak mampu membayar gaji untuk penambahan guru baru, bilangan kakitangan sekolah adalah seramai 20 orang sahaja.
Kelas kami juga tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelajar yang ramai.
Bangunan kami mengalami masalah bumbung yang bocor dan kekurangan barangan alat bantu mengajar seperti komputer dan laptop.
PONDOK RAUDHATUL GHAZALI, KG MUNDOK, SG GOLOK
Tuan/puan & para dermawan sekalian,
Kami memerlukan dana RM100,000 sahaja lagi untuk membina semula bangunan 2 tingkat kelas pengajian Al Quran, di Pondok Rhaudatul Ghazali, Kg Mundok, Sungai Golok Thailand.

Pusat pengajian pondok ini mula diasaskan pada sejak tahun 1940 an oleh Tuan Guru Haji Ghazali Lubis Bin Haji Jalaluddin atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mundok.Gelaran Tok Mundok padanya adalah di nisbahkan pada nama kampung yang beliau mengajar .
Pondok Mundok muncul sebagai institusi pengajian tradisional yang sangat popular sekitar 1950an . Beliau juga telah berjaya mendidik beberapa orang ulamak.
Pengajian pondok ini diteruskan lagi sampai hari ini berkat kesungguhan para guru dan bekas pelajar yang memberikan komited untuk memastikan pengajian di sini tetap diteruskan.
Pada akhir tahun 2022, bencana banjir yang besar telah melanda di kampung mundok. Banjir ini telah menyebabkan kerosakan yang besar kepada pondok, termasuklah bangunan yang dijadikan sebagai tempat pengajian al quran dan kitab telah totaly musnah.

Seramai 50 pelajar al quran tidak dapat meneruskan pengajian mereka. Kelas pengajian alquran sekarang terpaksa menumpang diruangan sempit asrama perempuan untuk sementara waktu. Akibatnya semua pelajar tidak dapat meneruskan kelas setiap hari oleh kerana tempat yang cukup dhaif.
Maahad Tahfiz As-Syabab (MATAS) Guar Chempedak,Kedah.
MISI 1.8JUTA==> FASA 3
Bangunan 2 tingkat ini akan dibina disebelah surau MATAS untuk memudahkan urusan harian pelajar2
✅ Keseluruhan pelajar MATAS Kini berjumlah hampir 40 orang (Full-time & part-time) & tidak mampu lagi untuk menampung penambahan pelajar sedangkan permintaan sentiasa ada.
✅ Perkembangan terkini fasa 3, baru siap "pacak tiang" & terpaksa diberhentikan gerak kerja disebabkan faktor kewangan.

Ayuh Tuan/Puan, para dermawan sekalian, bersama kita menjayakan projek pembinaan Pusat Pengajian ini demi membina generasi masyarakat muslim dan mukmin terbaik.
Kita tanam benih disini dengan infak dan wakaf, kita semai nanti di akhirat kelak dengan rahmat dan kasih sayang Allah Ta'ala.
Beruntunglah mereka yang berjaya berkongsi sedikit rezeki bagi menjayakan misi ini.
Oleh itu, Tuan & Puan yang dikasihi Allah SWT sekalian, marilah kita sama-sama berwaqaf untuk tabung Membaiki Surau ini sebagaimana seruan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 261 :
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Surah al-Baqarah: 261)
Tuan / Puan nak berinfaq melalui Whatapps? boleh terus klik sini
@
Boleh terus berinfaq terus ke Tabung pengumpulan dana ini dibawah :