BANTU VIRALKAN
Kami amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen sumbangan ini kepada kenalan. Ia amat membantu pengumpulan dana kami untuk membantu mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria.
PANGGILAN KECEMASAN!!!
NYATAKAN KESEDIAAN UNTUK MEMBANTU
Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud tersebut telah ‘meranapkan’ 10 wilayah termasuk wilayah Osmaniye, Sanliurfa dan lain-lain lagi yang terletak berhampiran sempadan Turkiye dengan Syria.
Gegaran gempa itu menyebabkan rumah-rumah dan bangunan runtuh. Ribuan nyawa maut dalam runtuhan itu dan ramai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Kejadian gempa bumi yang berlaku mengakibatkan kemusnahan harta benda, infrastruktur seperti bangunan dan kediaman di wilayah - wilayah seperti di Gaziantep, Osmaniye, Malatya, Adiyaman, Diyarbakir, Adana, Kilis dan Sanliurfa.
Info Gempa Bumi Turkiye-Syria
12.2.23 | 5.25pm
Turkiye:
❗24,617 kematian
❗80,278 mangsa tercedera
Syria:
❗4,500+ kematian
❗5,245+ mangsa tercedera
2,356 gegaran dilaporkan semenjak Isnin.
5.3 juta mangsa Syria kehilangan tempat tinggal.
900,000 mangsa memerlukan makanan panas di Turkiye & Syria.
Turkiye membuka 2 laluan baru untuk bantuan syria.
Jerman memberikan visa sementara kepada ahli keluarga terdekat mangsa bencana.
China menghantar 53 tan khemah ke Turkiye.
Team Al azhar Care mensasarkan untuk mengumpulkan RM 500,000 bagi membantu mangsa yang terjejas gempa bumi.
Ini duka kita, ujian mereka itu adalah tanggungjawab kita. Bantuan segera diperlukan untuk mangsa gempa bumi ini.
Kita harus bersolidariti dengan memberikan bantuan sedaya mampu dalam mengurangkan beban mereka, menyelamatkan nyawa mereka, memberi sinar kegembiraan kepada mereka.
Oleh itu, Tuan & Puan yang dikasihi Allah SWT sekalian, marilah kita sama-sama membantu saudara kita yang diuji dengan musibah banjir ini sebagaimana seruan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 261 :
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Surah al-Baqarah: 261)
Tuan / Puan nak membantu melalui Whatapps? boleh terus
klik sini
@
Boleh terus berwaqaf terus ke Tabung pengumpulan dana ini dibawah
: