
RM 40,000 LAGI DIPERLUKAN!!!
Ya, hanya berbaki RM40,000 lagi untuk kita mulakan pembinaan Pusat Pengajian di pedalaman Sabah ini.
Setiap huruf dan ilmu yang dipelajari oleh anak-anak asnaf di bangunan ini kelak, akan menjadi jariah buat kita ke syurga nanti. YAKIN LAH.
Rasullulah pernah bersabda tentang kelebihan beramalam dalam 10 awal bulan zulhijjah:
Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."
Jom ambil peluang untuk berinfaq di dalam 10 hari awal dalam bulan dzulhijjah, istimewanya hari ini juga adalah merupakan hari dimana para haji akan melakukan wukuf di arafah.
ASSALAMUALAIKUM TUAN/PUAN & PARA DERMAWAN SEKALIAN
Tuan/puan & para dermawan sekalian,
Sebanyak RM20,000 telah terkumpul untuk pembinaan fasa pertama Pusat Pengajian Al Azhar Care ini. Kami memerlukan dana berbaki RM40,000 sahaja lagi untuk menyiapkan kelas pengajian Al Quran, Fardu Ain & Matematik secara PERCUMA ini untuk mereka.
Pusat Pengajian ini akan dibina atas laut di sebuah pulau terpencil, Kg. Bakau, Batu 3, Sandakan, Sabah. Hampir 90% anak-anak masyarakat di situ tidak mendapat pendidikan formal.
Untuk makluman, jika anak-anak ini ingin belajar quran, mereka terpaksa mengharungi sungai dengan menaiki bot, dengan kos tambang bot rm1 sehala, ditambah pula didalam sungai tersebut terdapat buaya yang berkeliaran. Ya, apa lah sangat nilai RM1 bagi kita. Tetapi besar nilai nya bagi mereka dengan kehidupan di sana.
Diatas faktor keselamatan dan kewangan, anak-anak ini terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk belajar walaupun jauh disudut hati, mereka juga ingin mendapatkan pendidikan yang baik seperti kanak-kanak yang lain.
Ayuh Tuan/Puan, para dermawan sekalian, bersama kita menjayakan projek pembinaan Pusat Pengajian ini demi membina generasi masyarakat muslim dan mukmin terbaik.
Kita tanam benih disini dengan infak dan wakaf, kita semai nanti di akhirat kelak dengan rahmat dan kasih sayang Allah Ta'ala.
Beruntunglah mereka yang berjaya berkongsi sedikit rezeki bagi menjayakan misi ini.
Oleh itu, Tuan & Puan yang dikasihi Allah SWT sekalian, marilah kita sama-sama berwaqaf untuk tabung Membaiki Surau ini sebagaimana seruan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 261 :
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Surah al-Baqarah: 261)
Tuan / Puan nak berinfaq melalui Whatapps? boleh terus klik sini
@
Boleh terus berinfaq terus ke Tabung pengumpulan dana ini dibawah :