
RM 40,000 LAGI DIPERLUKAN!!!
Ya, KAFA integrasi ihsaniah yang terletak di Lembah Subang, Petaling Jaya sedang membaik pulih sistem eletrik kos yg di anggarkan melebihi RM40,000. ,
Pihak kami juga sedang usaha mengumpul dana menyiapkan bangunan tambahan untuk tempat amali solat , kursus jenazah, kursus penyembelihan.
Setiap huruf dan ilmu yang dipelajari oleh anak-anak asnaf di bangunan ini kelak, akan menjadi jariah buat kita ke syurga nanti. YAKIN LAH.
Kami selama bertahun-tahun bermati-matian untuk memastikan pendidikan berkesan bagi 700 pelajar kami. Namun, hanya kurang daripada 50% daripada pelajar kami mampu membayar yuran bulanan sebanyak RM 20.
Sekolah ini terletak di kawasan PPRT, kami sedar tentang rata-rata keadaan ekonomi keluarga yang berada di kawasan ini. Disebabkan itu, kami terpaksa mengharapkan bantuan daripada luar untuk membantu meneruskan operasi KAFA ini,
Kami menghadapi kekurangan guru disebabkan tidak mampu membayar gaji untuk penambahan guru baru, bilangan kakitangan sekolah adalah seramai 20 orang sahaja.
Kelas kami juga tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelajar yang ramai.
Bangunan kami mengalami masalah bumbung yang bocor dan kekurangan barangan alat bantu mengajar seperti komputer dan laptop.
ASSALAMUALAIKUM TUAN/PUAN & PARA DERMAWAN SEKALIAN
Tuan/puan & para dermawan sekalian,
Kami memerlukan sokongan anda untuk membantu kami mengatasi cabaran dan menyediakan pendidikan berkualiti untuk generasi masa depan. Sumbangan anda akan memberi impak yang besar kepada perkembangan sekolah kami. Mari bersama-sama membantu Sekolah Agama Al Insaniah mencapai impian kami dalam menyediakan pendidikan yang terbaik. Jom sumbang sekarang!"
Ayuh Tuan/Puan, para dermawan sekalian, bersama kita menjayakan projek pembinaan Pusat Pengajian ini demi membina generasi masyarakat muslim dan mukmin terbaik.
Kita tanam benih disini dengan infak dan wakaf, kita semai nanti di akhirat kelak dengan rahmat dan kasih sayang Allah Ta'ala.
Beruntunglah mereka yang berjaya berkongsi sedikit rezeki bagi menjayakan misi ini.
Oleh itu, Tuan & Puan yang dikasihi Allah SWT sekalian, marilah kita sama-sama berwaqaf untuk tabung Membaiki Surau ini sebagaimana seruan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 261 :
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Surah al-Baqarah: 261)
Tuan / Puan nak berinfaq melalui Whatapps? boleh terus klik sini
@
Boleh terus berinfaq terus ke Tabung pengumpulan dana ini dibawah :