10 Hari Terbaik, Satu Impian Buat Uganda
Sekarang kita sudah berada di dalam bulan Dzulhijjah—hari-hari yang paling dicintai Allah untuk kita tingkatkan amalan dan sedekah.
Di saat Tuan-Tuan dan Puan-Puan sedang selesa bersama keluarga di rumah, ada saudara kita di Afrika yang masih bertarung setiap hari hanya untuk mendapatkan seteguk air bersih. Air yang sama digunakan untuk minum, berwuduk, dan menguruskan anak-anak yang kehausan.
Alhamdulillah, amanah Tuan/Puan akan mula direalisasikan. Esok, 22 Mei, team kami akan mula berlepas menuju ke bumi Uganda demi membawa sinar harapan dan amanah wakaf daripada anda semua.
Satu niat yang ikhlas di hari yang mulia ini. Satu sumbangan yang bakal mengalirkan pahala tanpa henti bertahun-tahun lamanya.
Wakaf telaga ini bukan sekadar memberi air. Ia memberi kehidupan, menjaga kesihatan, mempermudahkan ibadah, dan menghidupkan harapan baru buat mereka.
Mari bersama kami, hantarkan doa dan sokongan terbaik Tuan/Puan buat misi di Uganda ini.
UPDATE PROJEK TELAGA WAKAF – AFRIKA 2025
Alhamdulillah, sepanjang tahun 2025, hasil sumbangan wakaf daripada rakyat Malaysia, Al Azhar Care telah berjaya membina sebanyak 13 buah telaga wakaf di beberapa kawasan yang memerlukan di Uganda, Afrika.
Telaga-telaga ini kini menjadi sumber air bersih buat masyarakat setempat yang sebelum ini terpaksa berjalan jauh bagi mendapatkan air untuk kegunaan harian.
Air daripada telaga ini digunakan untuk minum, memasak, berwuduk serta keperluan harian masyarakat di sana.
Semoga setiap titis air yang dimanfaatkan daripada telaga ini menjadi sedekah jariah yang berpanjangan pahalanya buat semua penyumbang yang terlibat.
“ Sesiapa yang membeli telaga al-Rumah ini dan mewaqafkan airnya kepada orang-orang Islam, dia akan diberikan pahala berdasarkan setiap timba air yang disedekahkan itu dan kelak dia akan meminum air di dalam syurga “ - Riwayat Ibnu Abd Al-Bar
Malam ini 23 ramadan mungkin salah satu daripada malam terbaik dalam hidup kita.
10 malam terakhir Ramadan, malam ganjil dan juga malam Jumaat.
Jika benar malam ini malam Lailatul Qadar,
biarlah antara amalan yang kita bawa ialah memberi air kepada mereka yang sangat memerlukan.
KENAPA HARI INI AKU KENA BERWAKAF?
"Kerana amalan wakaf (termasuk telaga) merupakan salah satu sedekah jariah yang berpanjangan pahalanya,
MESKIPUN SELEPAS SESEORANG ITU MENINGGAL DUNIA ...
Bantuan yang bakal disalurkan bukan hanya air tetapi untuk sama-sama membangunkan pembinaan sekolah, tempat tinggal dan sumber pemakanan bahkan untuk solat dan beribadah juga.
Dan, kini kita mulakan dengan sumber paling utama iaitu AIR BERSIH.
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah,
SUMBANGAN ANDA UNTUK BANTU SAUDARA MINORITI ISLAM KITA DI AFRIKA!
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Surah al-Baqarah: 261)
NOTA TAMBAHAN:
1Pembayaran tidak termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
2. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +6013-9999 894 (Pegawai Azhar Care).
Tuan / Puan nak berinfaq melalui Whatapps? boleh terus klik sini