MASJID PERTAMA DI UGANDA
PELUANG WAKAF UNTUK PAHALA
BERTERUSAN!!
Sejarah tercipta pada 20 Disember 2024 disaksikan penduduk komuniti Islam di perkampungan Missoli dalam acara pecah tanah masjid pertama Al azhar Care di Uganda, Afrika
"Bayangkan, adik-adik kecil di Uganda kini mampu tersenyum, belajar, dan beribadah di masjid baru. Masjid ini bukan sekadar bangunan, ia adalah pusat harapan!"

Kenapa Wakaf Ini Sangat Bermakna?
✅ Bukan Sekadar Masjid: Ia adalah tempat komuniti belajar agama, berbincang, dan membangun hidup bersama.
✅ Pahala Berpanjangan: Setiap doa, setiap langkah, setiap ilmu yang dipelajari akan menjadi bekalan pahala buat anda.
✅ Bantu Mereka Beribadah dengan Sempurna: Banyak kawasan di Uganda masih tiada kemudahan asas untuk solat dan belajar.
Dulu mereka solat atas tanah berdebu, sekarang mereka ada tempat ibadah yang indah dan selesa.
Alhamdulillah, bulan ini, sebuah masjid di Uganda telah siap sepenuhnya hasil dari bulan-bulan penantian dan usaha tanpa jemu.
Bukan sekadar bangunan ini tempat teduhan jiwa buat saudara kita. Tempat mereka mengadu. Tempat anak-anak belajar mengaji. Tempat harapan dibina.
Dan semua ini takkan berlaku tanpa sokongan anda.
Nak terus bantu bina lebih banyak masjid macam ni? Setiap sumbangan, jadi saham akhirat.
Perjalanan baru je bermula…
Kami baru saja siapkan sebuah masjid di Uganda dan ianya hasil dari titik peluh anda semua.
Tapi di balik kejayaan tu, ada lebih ramai lagi yang masih solat atas tanah, bawah panas terik, tanpa bumbung perlindungan.
Sebab tu kami tekad. Sasaran seterusnya bina beberapa lagi masjid di kawasan lain. Bukan untuk kami. Tapi untuk mereka yang menanti ruang solat yang selesa.
Sertai misi ni. Kita bina rumah Allah bersama ????
ASSALAMUALAIKUM TUAN/PUAN & PARA DERMAWAN SEKALIAN
Tuan/puan & para dermawan sekalian,
Kami memerlukan sokongan anda untuk membantu kami mengatasi cabaran dan menyediakan pendidikan berkualiti untuk generasi masa depan. Sumbangan anda akan memberi impak yang besar kepada perkembangan masjid kami. Mari bersama-sama membantu menyiapkan Masjid pertama Al Azhar Care di Uganda.
Ayuh Tuan/Puan, para dermawan sekalian, bersama kita menjayakan projek pembinaan Pusat Pengajian ini demi membina generasi masyarakat muslim dan mukmin terbaik.
Kita tanam benih disini dengan infak dan wakaf, kita semai nanti di akhirat kelak dengan rahmat dan kasih sayang Allah Ta'ala.
Beruntunglah mereka yang berjaya berkongsi sedikit rezeki bagi menjayakan misi ini.
Oleh itu, Tuan & Puan yang dikasihi Allah SWT sekalian, marilah kita sama-sama berwaqaf untuk tabung Membaiki Surau ini sebagaimana seruan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 261 :
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Surah al-Baqarah: 261)
Tuan / Puan nak berinfaq melalui Whatapps? boleh terus klik sini
@
Boleh terus berinfaq terus ke Tabung pengumpulan dana ini dibawah :