KAMI MEMERLUKAN RM85,000 UNTUK PEMBINAAN KELAS PENGAJIAN SERTA PEMBAIKAN SURAU DIRI JUMAAT BAGI PENDUDUK KAMPUNG BAKAU, SANDAKAN SABAH





Surau Diri Jumaat ini terletak di Kg bakau, Batu 3, Kurnia Jaya Sandakan Sabah. Ianya merupakan kg seberang laut, yang memerlukan pengangkutan air untuk menyeberang ke sana.


Penduduk setempat yang bercampur antara rakyat malaysia dan stateless yang hanya berkerja sebagai nelayan dan buruh kasar, lebih daripada 100 keluarga mendiami kawasan ini.


Kondisi Surau Diri Jumaat ini yang dhaif, memerlukan pembaikan semula, kerana banyak kayu dinding dalam lantainya sudah mereput dimamah usia. 





Sejak pembinaan Surau Diri Jumaat ini, kebanyakan aktiviti keagamaan serta masyarakat dapat dilaksanakan secara berterusan dikampung ini, sehingga generasi anak-anak kampung berjaya dijauhkan daripada budaya “masyarakat rosak” seperti sebelum ini.


Penduduk kampung sangat komited dalam mengajar anak-anak mereka supaya menuntut ilmu & berpendidikan tinggi. Namun, kebanyakan mereka kurang bernasib baik, Malah mereka menghadapi kekangan kewangan menyebabkan mereka hanya bergantung dengan kelas pengajian yang hanya berlaku sekali dalam sebulan oleh penggerak NGO yang hadir untuk menyantuni anak-anak mereka. 




Setelah perbincangan antara pihak kami dengan penggerak dakwah setempat bersama penduduk kampung pada bulan september lalu, penduduk kampung amat berharap dapat terbinanya sebuah kelas pengajian yang lengkap di kampung mereka,

malah mereka telah menyediakan  ruang tanah yang cukup sekiranya kita dapat sama-sama membantu mereka membina kelas pengajian ini. 




Kelas pengajian ini khas kepada anak-anak kampung yang tertinggal pendidikannya, InsyaAllah mereka dapat sama-sama belajar Al Quran, Fardhu Ain serta beberapa mata pelajaran penting, supaya mereka yang digelar sebagai masyarakat yang terpinggir ini dapat bangun, menjadi masyarakat yang berkualiti. 


Dengan adanya kelas ini, penggerak dakwah setempat, telah menyatakan kesanggupan untuk turut sama memastikan kelas akan berjalan beberapa kali dalam masa seminggu, malah dalam masa yang sama kelas fardhu ain untuk ibu bapa di surau diri jumaat yang sudah uzur juga akan dilaksanalan seminggu sekali. Insyaallah. 


Dengan adanya surau yang sudah pulih serta kelas pengajian ini nanti, masyarakat dan anak-anak kampung dapat beribadah dalam keadaan selamat, Malah bacaan Al-Quran akan meniti dibibir anak-anak yang buta huruf ditinggal zaman, ilmu Fardhu Ain dapat diterapkan dengan sebaiknya.


Dengan izin Allah, kehidupan yang rosak dan sakit dapat disembuhkan kembali dengan sebaik mungkin. 


Beruntunglah mereka yang berjaya berkongsi sedikit rezeki bagi menjayakan pembinaan kelas pengajian serta pembaikan surau diri jumaat ini.







Oleh itu, Tuan & Puan yang dikasihi Allah SWT sekalian, marilah kita sama-sama berwaqaf untuk tabung Membaiki Surau ini sebagaimana seruan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 261 :


مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.

(Surah al-Baqarah: 261)


MANUAL LAFAZ AKAD WAKAF BANTU SURAU KG PANTAI :


(DIRI SENDIRI)

“Saya mewakafkan/ menginfakkan sejumlah RM (30/60/90) untuk usaha-usaha membaik pulih Surau Kg Pantai Sandakan Sabah ini kerana Allah Taala.”

 

(BAGI PIHAK LAIN)

“Saya bagi pihak … mewakafkan/ menginfakkan sejumlah RM (30/60/90) untuk membaik pulih Surau Kg Pantai Sandakan Sabah ini kerana Allah Taala.”



Tuan / Puan nak berwaqaf melalui Whatapps? boleh terus klik sini


@

Boleh terus berwaqaf terus ke Tabung pengumpulan dana ini dibawah :



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Nilai (RM)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN ALUMNI AZHAR MESIR MALAYSIA
azhar.creatives@gmail.com
+60139999894